Search This Blog

Sunday 23 June 2013

Produk Kosmetik Yang Dibatalkan Notifikasi


Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengeluarkan makluman agar orang awam tidak membeli produk kosmetik yang berikut kerana didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Berikut adalah produk yang terlibat:

Nama Produk
No Notifikasi (NOT)
Bahan Kimia Yang Dikesan
Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
NOT120905219K
Betamethasone
Natural 99 Night Cream
NOT120300526K
Mercury
Natural 99 Day Cream
NOT120300524K
Mercury
SF Beauty Night Cream (Facial)
NOT120602462K
Mercury
SF Beauty Day Cream (Facial)
NOT120602461K
Mercury
Acrena Pure Herbal Papaya Soap
NOT100802337K
Tretinoin
White Complex
NOT100801451K
Tretinoin
SS Pearl Cream
NOT110602263K
Mercury
SS Vita C Night Repair
NOT110602264K
Mercury

Sumber: Laman web BPFK

Apa rasionalnya produk kosmetik yang ada bahan larangan, termasuk racun berjadual dibatalkan notifikasi?

Ini kerana, ubat yang mengandungi racun berjadual dipakai hanya untuk jangka masa tertentu dan diberi dos yang sesuai untuk keadaan penyakit yang sesuai oleh doktor atau ahli farmasi. Manakala, produk kosmetik biasanya dipakai lebih kerap dan lebih lama serta dos tidak tetap akibat telah dicampur ke dalam produk kosmetik tersebut. Keadaan penyakit juga tidak dilihat oleh doktor atau ahli farmasi, hanya jurukecantikan atau jurujual yang tiada pengetahuan khusus tentang penyakit dan kesan racun berjadual tersebut ke atas manusia terutama jika digunakan untuk jangka masa panjang.

Manakala, logam berat seperti merkuri yang banyak digunakan di dalam termometer telah diketahui bahayanya apabila memasuki sistem badan manusia.

Berikut adalah kesan sampingan bahan kimia berikut ke atas manusia terutama jika digunakan untuk jangkamasa panjang.
Bahan Kimia
Kesan Sampingan
Betamethasone
Local skin atrophy, striae, systemic hypercorticism, folliculitis, hypertrichosis, acneiform eruptions, hypopigmentation, allergic contact dermatitis
Mercury
Kidney damage, skin rash, skin discoloration, scarring, reduction in the skin’s resistance to bacterial and fungal infections
Tretinoin
Erythema, oedema, blistering, hypopigmentation or hyperpigmentation, sensitivity to sunlight

Boleh rujuk di sini untuk mendapatkan makna perubatan di atas.