Search This Blog

Thursday 20 June 2013

Pengenalan Blog Panduan Farmaseutikal

Assalamualaikum wbh

Ini pertama kali saya berblog. Inilah entri pertama saya. Saya biasa menulis bahan-bahan formal seperti surat rasmi, kertas kerja, statistik dll. Tetapi tidak yang sebegini. Walau bagaimanapun, saya akan cuba menulis sesantai yang boleh.

Saya diberi nama Yong Azlin binti Askar Ali. Seorang kakak kepada tiga orang adik. Seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak. Menyambung pelajaran di matrikulasi dan seterusnya mendapat degree dari sebuah universiti tempatan.
Berpengalaman bekerja di beberapa jabatan kerajaan dan di komuniti.

Blog ini akan menjadi medium saya berkongsi pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa dalam bidang kesihatan dan perubatan. Memetik kata dari sebuah artikel di dalam majalah Al Islam,
“Ilmu dalam Islam bukannya anugerah untuk dibanggakan oleh pemiliknya, tetapi lebih merupakan satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap mereka yang bergelar ilmuwan dan cendekiawan dalam bidang masing-masing. Kerana itulah kita sentiasa diingatkan bahawa kita akan disoal oleh Allah di akhirat kelak tentang sejauh manakah kita memanfaatkan ilmu yang diperoleh di dunia ini untuk kebaikan diri, masyarakat, negara, agama dan sebagainya”
Diharapkan ia boleh menjadi saham akhirat saya.
Kesedaran pengguna tentang kesihatan dan kecantikan serta keselamatan produknya semakin bertambah. Namun masih banyak yang boleh diperbaiki.
Akhir kata, saya juga ingin mengingatkan maklumat yang diberikan di sini tidak harus diambil bulat-bulat untuk tujuan rawatan. Sebaik-baiknya berjumpalah doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Sekian, wassalam.