Search This Blog

Sunday 23 June 2013

Kawalan Keselamatan Produk


Pasti semua pernah terbaca di akhbar dan menonton di televisyen berkenaan rampasan produk tiruan dan tidak berdaftar. Tahukah anda, bukan sahaja ubat yang dikawal di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat kawalan dan memantau keselamatan produk kesihatan, peralatan perubatan dan makanan. Produk makanan dikawal oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Peralatan perubatan dikawal oleh Bahagian Pengawalan Peralatan Perubatan. Manakala produk kesihatan dikawal oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

Produk kesihatan yang dikawal merangkumi ubat berjadual, bukan ubat berjadual/OTC, supplemen kesihatan, tradisional, kosmetik dan veterinar. OTC bermaksud “over the counter” kerana ia boleh dijual di luar kaunter ubat terkawal.



Berikut adalah contoh bagi kategori produk makanan dan peralatan perubatan:

Makanan
Peralatan Perubatan
- mi segera
- biskut
- air mineral
- air zam-zam
- minuman bertenaga
- minuman 3 dalam 1 tongkat ali
- mesin ultrabunyi
- tiub
- picagari
- enema
- alat bantuan pendengaran
- kanta lekap
- steteskop
- kateter urin

 
Berikut adalah contoh bagi kategori produk kesihatan:

Ubat
OTC
Supplemen
Tradisional
Kosmetik
Veterinar
- ubat darah tinggi
- ubat kencing manis
 
- panadol
- lozenges
- ubat cacing
-  vitamin
- supplemen
 
- ubat homeopati
- jamu
- minyak panas
- kapsul tongkat ali
- ubat gigi
- bedak
- sabun buku
- cecair mandian
- syampu
- alat solek
- pencuci muka
- ubat untuk haiwan

 
Bagi pengkelasan kategori yang lebih jelas, sila layari laman web BPFK pengkelasan produk.

Setakat ini, hanya produk kesihatan yang perlu berdaftar dengan KKM.

Semua produk kesihatan kecuali kosmetik yang ingin dijual di Malaysia berdaftar dengan KKM melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Ini bertujuan supaya produk-produk tersebut berkualiti, selamat dan berkesan. Pihak BPFK akan menjalankan analisis sebelum memberikan kelulusan.

Manakala, produk kosmetik tidak perlu melalui proses analisis oleh BPFK untuk mendapat pendaftaran. Cukup sekadar memaklumkan kepada BPFK untuk mendapat notifikasi. Cuma, pemantauan akan dilakukan oleh pihak penguatkuasa farmasi untuk memastikan produk di pasaran adalah selamat. Jika analisa yang dilakukan oleh pihak BPFK menemui bahan terlarang di dalam formulasinya, produk kosmetik tersebut akan dibatalkan notifikasinya dan produk tersebut akan dikeluarkan dari pasaran.

Produk yang telah berdaftar mempunyai hologram dan nombor pendaftaran yang bermula dengan MAL dan berakhir dengan huruf A, X, N, T atau H. Manakala, produk kosmetik akan mempunyai nombor notifikasi yang bermula dengan NOT dan berakhir dengan huruf K.

Kategori
Huruf Digunakan
Contoh
Ubat
A
MAL12345678A
Bukan Ubat/OTC
X
MAL12345678X
Supplemen Kesihatan
N
MAL12345678N
Tradisional
T
MAL12345678T
Veterinar
H
MAL12345678H
Kosmetik
K
NOT12345678K