Search This Blog

Wednesday, 3 July 2013

Cara Pengambilan Ubat Yang Betul


Jika sebelum ini saya ada menulis tentang pentingnya cara penyimpanan ubat yang betul, kali ini saya akan menlis tentang cara penggunaan ubat yang betul.

1. Pastikan anda dapat penerangan yang jelas dari pihak Farmasi sebelum mengambil ubat anda.

    - Nama pesakit

    - Nama ubat dan dos ubat yang perlu diambil (mg,ml)

    - Cara pengambilan ubat

    - Amaran pengambilan ubat, contoh: Jangan kendalikan mesin atau memandu

    - Cara penyimpanan ubat yang betul.

2. Baca label ubat.

3. Ikut arahan yang diberi.

4. Sebaiknya wujudkan jadual / peringatan supaya anda tidak terlupa mengambil ubat.

    - Jika anda terlupa, ambil ubat sebaik saja teringat, tetapi jangan gandakan dos jika waktu pengambilan dos seterusnya hampir.

5. Jika mampu, sediakan kotak pil (pill box) untuk memudahkan pengambilan ubat dan meningkatkan komplians.

6. Senaraikan semua ubat yang anda ambil - sentiasa bawa senarai ubat ini ke mana sahaja anda pergi.

Nama ubat
Kekuatan
Apakah kegunaan ubat itu
Cara mengambil ubat
Tarikh bermula
Tarikh berhenti atau dinilai semula
Cth: Paracetamol
500 mg tablet
Menahan sakit
2 biji 4 kali sehari
11. 1. 2005
11.3.2005


7. Jika anda mengalami kesan sampingan yang menggangu kesihatan anda, sila hubungi pegawai farmasi /doktor anda untuk dapat nasihat.

8. Jangan berkongsi ubat dengan orang lain walaupun mereka menghidapi penyakit yang sama tanpa mendapat pemeriksaan doktor.

9. Jangan menambah/kurangkan dos atau berhenti makan ubat tanpa arahan doktor.


Cara Makan

1. Sebelum makan - (antibiotik, ubat kencing manis, suntikan Insulin)

2. Bersama  makanan (Acarbose) 

3. Selepas makan (NSAID, analgesik, ubat kencing manis)

4. Sebelum / selepas makan (Ubat asma, antihistamin)


Masa Makan

1. Ambil waktu pagi (Diuretics, Fosamax)

2. Ambil waktu malam (Anticholestrol, sedative antihistamine)

3. Ambil Pagi/malam (Atorvastatin)

4. Ambil bila perlu sahaja (Analgesic –Tab PCM (Max 4Gm/day =8 tab)


Kekerapan Makan

1. Dos sekali sehari – 8 pagi

2. Dos dua kali sehari – 8 pagi, 8 malam

3. Dos tiga kali sehari – 7 pagi, 3 petang, 11 malam

4. Dos empat kali sehari – 6 pagi, 12 tengahari, 6 petang, 12 malam

* Kelas online masih mendapat sambutan. Yakin rezeki itu dari Allah, kenikmatan itu lebih terasa dari semangat kerja berpasukan. Kami dari Akademi Bekerja Dari Rumah masih meneruskan kelas seperti di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan (6 langkah asas)
2. Kelas asas blog dan page (khusus untuk bisnes)

Bagi suri yang sedang menggali bahan bacaan untuk mula bekerja di rumah, boleh juga buat belian di sini.


http://www.facebook.com/messages/yongazlin.askarali

No comments:

Post a Comment