Search This Blog

Thursday 4 July 2013

Interaksi Ubat - Makanan

Seperti yang telah saya tulis dalam entri Interaksi Ubat, makanan juga ada interaksi dengan bahan lain. Di sini, saya ingin kupaskan interaksi ubat - makanan.

Makanan


Interaksi/ Kesan Sampingan

Teh, kopi, minuman bercoklat

Mengandungi xantine yang juga terdapat dalam theophylline. Pengambilan dalam amaun yang banyak bersama theophylline boleh meningkatkan risiko toksisiti.


Brokoli, bayam dan sayuran berdaun hijau

Kandungan Vitamin K
--mengurangkan kesan warfarin.


Makanan yang mengandungi tyramine: aged cheese, daging yang diproses, Italian beans, bir)

Perlu dielakkan oleh pengguna yang mengambil antidepresan MAO. Interaksi ini boleh menyebabkan “hypertensive crisis”.


Makanan berserat tinggi

Pengambilan “oatmeal” dan bijirin yang mengandungi serat dalam amaun yang banyak - Mengganggu penyerapan ubat.


Minuman beralkohol


Berinteraksi dengan kebanyakan ubat: terutama antidepresan, antipsikotik, antihistamin.


Plum, Peach, Aprikot, Ceri

Mempunyai salicylate semulajadi - kesan alergi yang sama jika sensitif kpd aspirin.



Oleh itu, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi jika ada mengambil sebarang ubat-ubatan. Kerana itu juga, kita digalakkan mengambil ubat sekurang-kurangnya satu jam sebelum atau selepas makan, melainkan kita disuruh mengambil ubat tersebut bersama makanan. Adalah lebih baik juga untuk mengambil ubat bersama air kosong.