1. Bagaimana saya dapat
mengesahkan ketulenan nombor pendaftaran?
Ini dapat dilakukan dengan:
- melayari
laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu www.bpfk.gov.my
- tekan ikon 'Registered Product Search'
- taip nama
produk atau nombor pendaftaran, contoh: MAL20000000T
- tekan 'Advanced Search'
Jika proses ini memberikan maklumat, ini
bermakna produk berkenaan telah berdaftar. Jika tiada sebarang maklumat,
kenyataan "Sorry, no result was found matching" akan tersiar.
2. Bagaimana saya dapat
mengesahkan ketulenan hologram?
Ciri-ciri label hologram adalah:
- Berbentuk
segiempat tepat, saiz 8mm x 16mm
- Permukaan
berikut bertulis 'PBKD' dan 'DCA', bergamber bunga raya dan mempunyai
nombor serial 10 digit
Nombor serial dapat disahkan/dikenalpasti
dengan pemegang pendaftaran produk berkenaan.
