Search This Blog

Wednesday 31 July 2013

PUASA DAN PESAKIT

Assalamualaikum wbh. 

Walaupun tajuk ini agak terlambat kerana kita sudah berada di 10 Ramadhan yang terakhir, namun saya masih berharap yang ia tetap memberi manfaat terutama kepada pesakit dan penjaga pesakit.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi ubat Islam yang mukallaf. Namun, Allah memberi kelonggaran bagi beberapa golongan untuk meninggalkan puasa iaitu untuk orang sakit, musafir dan yang uzur. 

Biarpun berpuasa tidak diwajibkan kepada mereka yang sakit, namun masih ramai yang berhasrat menunaikan tangungjawab ini. Bagaimanapun, berpuasa boleh menimbulkan masalah kepada mereka yang sakit dan perlu mengambil ubat. Bagi mereka ini, mereka perlu membuat pengubahsuaian terhadap masa makan ubat atau mereka tidak boleh berpuasa sama-sekali.

Mereka juga perlu meminta pandangan Doktor atau Ahli Farmasi mengenai pengambilan ubat mereka dan pandangan ahli-ahli Feqah tentang ibadat puasa dalam keadaan yang mereka hadapi supaya dengan pengetahuan ini mereka dapat membuat keputusan yang sewajarnya samada untuk berpuasa ataupun tidak. Pesakit juga harus peka terhadap kesihatan diri dan perlu bersedia untuk berbuka puasa sekiranya keadaan memerlukan.

Berikut adalah keadaan penyakit yang lazimnya tidak dibenarkan berpuasa:
1. Pesakit lelah atau asma yang tidak terkawal penyakitnya dan memerlukan ubat sedutan (inhaler) yang kerap dan berkala
2. Pesakit kencing manis yang kerap memerlukan suntikan insulin dan sering mengalami keadaan gula kurang dalam darah (hipoglisemia) apabila berpuasa
3. Pesakit jantung yang perlu mengambil ubat mengikut ubat mengikut jadual yang kerap dan tepat
4. Pesakit ulser perut (gastrik) yang teruk dan ada komplikasi
5. Pesakit yang mengalami cirit birit hingga berlakunya dehidrasi (kehilangan air) dan memerlukan rawatan
6. Ibu hamil yang muntah dengan berlebihan (hiperemesis)

Ubah waktu pengambilan ubat anda berdasarkan kaedah berikut:

Bil.
Kebiasaan Cara Pengambilan Ubat
Cara Ubah

1.
2 kali sehari - selepas makan
Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dan sekali selepas bersahur
2.
3 kali sehari - selepas makan
Ikut arahan seperti 1 di atas dan ambil satu kali lagi sebelum tidur. Pastikan anda mengambil sedikit makanan sebelumnya (moreh)
3.
2 kali sehari - sebelum makan
Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dengan segelas air kemudian sembahyang maghrib dan selepas itu boleh berbuka puasa dengan makan makanan seperti biasa (lebih kurang jangka masa setengah jam). Pengambilan ubat yang kedua haruslah setengah jam atau satu jam sebelum anda bersahur (hendaklah bersahur pada waktu paling hampir dengan waktu imsak)
4.
3 kali sehari sebelum makan
Ikut arahan seperti 3 di atas dan ambil satu lagi setengah jam atau satu jam sebelum tidur (tanpa moreh)
5.
1 kali sehari sebelum/selepas makan
Waktu berbuka puasa atau bersahur, secara konsisten
6.
4 kali sehari
Minta nasihat doktor untuk alternatif lain

Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa
  1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
  2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung
  3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut
  4. Semua bentuk suntikan samaada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah
  5. Pendermaan atau pemindahan darah
  6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit
  7. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal
  8. Memasukkan tiub kecil (kateter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung
  9. Pemeriksaan laparoscopy iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit
  10. Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehinggaair hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan
  11. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal
  12. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut
  13. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialysis atau peritoneal dialisis
  14. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat
  15. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam

Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan  puasa
  1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asma) atau penyakit paru-paru kronik
  2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pesari) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope) atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita
  3. Memasukkan sebarang tiub kateter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan samaada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing)
  4. Penggunaan alat seperti enema, tiub supositori, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan
  5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman
  6. Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas

* Pendaftaran demi pendaftaran walaupun di bulan Ramadhan, kelas online masih mendapat sambutan. Yakin rezeki itu dari Allah, kenikmatan itu lebih terasa dari semangat kerja berpasukan. Kami dari Akademi Bekerja Dari Rumah masih meneruskan kelas seperti di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan (6 langkah asas)
2. Kelas asas blog dan page (khusus untuk bisnes)

Bagi suri yang sedang menggali bahan bacaan untuk mula bekerja di rumah, boleh juga buat belian di sini.


http://www.facebook.com/messages/yongazlin.askarali