Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
telah mengeluarkan makluman agar orang awam tidak membeli produk kosmetik yang
berikut kerana didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual
yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Berikut adalah produk yang
terlibat:
Nama
Produk
|
No
Notifikasi (NOT)
|
Bahan
Kimia Yang Dikesan
|
Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
|
NOT120905219K
|
Betamethasone
|
Natural
99 Night Cream
|
NOT120300526K
|
Mercury
|
Natural
99 Day Cream
|
NOT120300524K
|
Mercury
|
SF
Beauty Night Cream (Facial)
|
NOT120602462K
|
Mercury
|
SF
Beauty Day Cream (Facial)
|
NOT120602461K
|
Mercury
|
Acrena
Pure Herbal Papaya Soap
|
NOT100802337K
|
Tretinoin
|
White
Complex
|
NOT100801451K
|
Tretinoin
|
SS
Pearl Cream
|
NOT110602263K
|
Mercury
|
SS
Vita C Night Repair
|
NOT110602264K
|
Mercury
|
Sumber: Laman web BPFK
Apa rasionalnya produk kosmetik yang ada bahan
larangan, termasuk racun berjadual dibatalkan notifikasi?
Ini kerana, ubat yang mengandungi racun berjadual
dipakai hanya untuk jangka masa tertentu dan diberi dos yang sesuai untuk
keadaan penyakit yang sesuai oleh doktor atau ahli farmasi. Manakala, produk
kosmetik biasanya dipakai lebih kerap dan lebih lama serta dos tidak tetap
akibat telah dicampur ke dalam produk kosmetik tersebut. Keadaan penyakit juga
tidak dilihat oleh doktor atau ahli farmasi, hanya jurukecantikan atau jurujual
yang tiada pengetahuan khusus tentang penyakit dan kesan racun berjadual tersebut
ke atas manusia terutama jika digunakan untuk jangka masa panjang.
Manakala, logam berat seperti merkuri yang
banyak digunakan di dalam termometer telah diketahui bahayanya apabila memasuki
sistem badan manusia.
Berikut adalah kesan sampingan bahan kimia berikut
ke atas manusia terutama jika digunakan untuk jangkamasa panjang.
Bahan
Kimia
|
Kesan
Sampingan
|
Betamethasone
|
Local skin atrophy, striae,
systemic hypercorticism, folliculitis, hypertrichosis, acneiform eruptions,
hypopigmentation, allergic contact dermatitis
|
Mercury
|
Kidney damage, skin rash, skin
discoloration, scarring, reduction in the skin’s resistance to bacterial and
fungal infections
|
Tretinoin
|
Erythema, oedema, blistering,
hypopigmentation or hyperpigmentation, sensitivity to sunlight
|
Boleh rujuk di sini untuk mendapatkan makna perubatan di atas.