Assalamualaikum
w.b.h.
Sudah
menghampiri hujung bulan. Masa untuk membayar bil-bil.
Saya
selalunya akan membayar bil secara atas talian (on-line). Walaupun saya tinggal
di Ipoh dan boleh dikatakan tiada masalah “jam” tetapi saya lebih suka
melakukannya secara atas talian. Oleh kerana saya mempunyai akaun Maybank, jadi
saya menggunakan Maybank2u untuk menyelesaikan semua urusan bayaran bil.
Bank-bank lain juga ada menyediakan kemudahan atas talian seperti CIMB Clicks
oleh CIMB, my BSN oleh Bank Simpanan Nasional dan i-Rakyat oleh Bank Rakyat dan banyak lagi.
Perkhidmatan
atas talian Maybank2u membenarkan kita melakukan pelbagai urusan kewangan di
hujung jari kita, bila-bila masa dan di mana sahaja. Asalkan sahaja ada
komputer atau telefon pintar dan talian internet.
Antara
kemudahan yang terdapat di dalam Maybank2u adalah semakan baki akauan dan kad kredit,
bayaran bil, pindahan wang, pindahan wang atau bayaran ke bank lain, mencetak
penyata, membatal cek, urusan Tabung Haji, akaun pelaburan dan banyak lagi.
Jika
kita membuat pindahan wang antara bank, bayaran sebanyak RM0.10 akan dikenakan.
Ia akan mengambil masa lebih kurang dua hari. Tetapi jika ingin pindahan segera
atau ekspres, bayaran RM2.00 akan dikenakan. Manakala bagi urusan pindahan wang
akaun Maybank ke/dari Tabung Haji, bayaran RM1.00 akan dikenakan. Bayaran ini
saya rasakan berpatutan berbanding dengan duit minyak yang dikeluarkan serta
masa yang dibazirkan untuk pergi ke tempat-tempat yang berbeza dan menunggu.
Lainlah kalau memang kebetulan ada urusan di sana atau kawasan berhampiran.
Oh...saya
bukan hendak buat promosi untuk Maybank. Cuma saya ingin memberitahu yang mempunyai
kemudahan seperti ini memudahkan urusan hidup kita.
Tetapi
perkara penting yang saya ingin tekankan di sini adalah kita masih boleh membuat
ibadah dengan membayar zakat dan menderma secara atas talian. Tiada lagi alasan
tidak punya masa untuk ke pejabat agama Islam. Namun, secara peribadi saya
lebih suka pergi ke pejabat berkenaan untuk membayar zakat. Ini kerana ada satu
perasaan yang tenang dan melegakan selesai sahaja akad dilakukan.
Bagi
yang ingin menderma, ada beberapa badan sukarela yang boleh menerima derma
secara bayaran atas talian. Antara yang tersenarai adalah Islamic Aid Malaysia,
Islamic Relief Malaysia dan banyak lagi. Boleh juga kita buat pindahan wang ke
akaun rumah anak yatim atau yayasan kebajikan yang kita pilih namun tiada dalam
senarai bayaran bil Maybank2u. Cuma masukkan nombor akaun bank badan kebajikan
berkenaan, pindahkan wang dan berniatlah sedekah kita adalah kerana Allah. Bukankah senang!
Semoga hidup
kita lebih tenang dan diberkati setelah harta kita dibersihkan dengan berzakat
dan bersedekah.
Wassalam.