Ini pertama kali saya berblog.
Inilah entri pertama saya. Saya biasa menulis bahan-bahan formal seperti surat
rasmi, kertas kerja, statistik dll. Tetapi tidak yang sebegini. Walau
bagaimanapun, saya akan cuba menulis sesantai yang boleh.
Saya diberi nama Yong Azlin
binti Askar Ali. Seorang kakak kepada tiga orang
adik. Seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak. Menyambung pelajaran di matrikulasi dan seterusnya mendapat degree dari sebuah universiti
tempatan.
Berpengalaman bekerja di
beberapa jabatan kerajaan dan di komuniti.Blog ini akan menjadi medium saya berkongsi pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa dalam bidang kesihatan dan perubatan. Memetik kata dari sebuah artikel di dalam majalah Al Islam,
“Ilmu
dalam Islam bukannya anugerah untuk dibanggakan oleh pemiliknya, tetapi lebih
merupakan satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap mereka yang
bergelar ilmuwan dan cendekiawan dalam bidang masing-masing. Kerana itulah kita
sentiasa diingatkan bahawa kita akan disoal oleh Allah di akhirat kelak tentang
sejauh manakah kita memanfaatkan ilmu yang diperoleh di dunia ini untuk
kebaikan diri, masyarakat, negara, agama dan sebagainya”
Diharapkan ia boleh menjadi saham akhirat saya.
Kesedaran pengguna tentang kesihatan
dan kecantikan serta keselamatan produknya semakin bertambah. Namun masih
banyak yang boleh diperbaiki.
Akhir kata, saya juga ingin
mengingatkan maklumat yang diberikan di sini tidak harus diambil bulat-bulat
untuk tujuan rawatan. Sebaik-baiknya berjumpalah doktor atau ahli farmasi untuk
maklumat lanjut.
Sekian, wassalam.