Search This Blog

Friday, 2 August 2013

CPR KE ATAS BAYI DAN KANAK-KANAK

Bagi ibubapa, kemahiran keibubapaan bukanlah setakat mengetahui perkembangan fizikal dan mental anak serta kemahiran sosialnya sahaja. Pastikan anda ambil tahu dan belajar tentang rawatan CPR.

CPR atau "Cardio Pulmonary Resuscitation" adalah rawatan kecemasan bagi memulihkan pernafasan dan degupan jantung serta peredaran darah. Kenapakah ia penting?

Pernafasan dan peredaran darah yang tidak terganggu adalah penting bagi membekalkan oksigen ke otak. Sel-sel otak boleh mati jika tidak mendapat oksigen. Tindakan pantas melakukan CPR boleh menyelamatkan nyawa.

Pernafasan dan peredaran darah boleh terganggu kerana banyak faktor. Antara yang selalu berlaku adalah tercekik, lemas dan serangan sakit jantung.

Berikut adalah video tentang cara-cara melakukan CPR. Namun, ibubapa dinasihatkan supaya menghadiri kursus teknik CPR yang terkini di mana anda bukan sahaja akan melihat demonstrasi cara-cara melakukan CPR. Anda juga perlu melakukannya sendiri dan dinilai oleh jurulatih yang mengajar. Ini penting agar teknik yang dilakukan adalah betul.


* Pendaftaran demi pendaftaran walaupun di bulan Ramadhan, kelas online masih mendapat sambutan. Yakin rezeki itu dari Allah, kenikmatan itu lebih terasa dari semangat kerja berpasukan. Kami dari Akademi Bekerja Dari Rumah masih meneruskan kelas seperti di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan (6 langkah asas)
2. Kelas asas blog dan page (khusus untuk bisnes)

Bagi suri yang sedang menggali bahan bacaan untuk mula bekerja di rumah, boleh juga buat belian di sini.
http://www.facebook.com/messages/yongazlin.askarali






Thursday, 1 August 2013

JENIS-JENIS NAMA UBAT


Dalam entri sebelum ini, saya ada menekankan kepentingan untuk mengenai nama ubat yang kita ambil. Tetapi tahukah anda satu ubat mempunyai beberapa nama.

Ubat-ubatan mempunyai tiga jenis nama iaitu nama jenama (brand), nama generik dan nama kimia. Tetapi untuk maklumat khalayak umum, cukuplah mengetahui dua jenis nama ini sahaja iaitu nama jenama dan nama generik.

Nama kimia adalah nama yang digunakan untuk menunjukkan struktur molekul yang terlibat dalam pembentukan ubat tersebut. Nama generik atau INN (International Non-propietary Name) pula adalah nama unik bagi setiap ubat dan diiktiraf secara global. Nama ini direka oleh WHO (World Health Organization). Manakala, nama jenama adalah nama khusus yang diberikan oleh pengilangnya. 

Contoh yang paling mudah adalah Panadol. Ia adalah nama jenama bagi ubat dari syarikat GlaxoSmithKline  (GSK) yang digunakan untuk merawat demam, sakit kepala dan tahan sakit. Ia juga turut dikenali dengan nama Anarex, Cetagesic, Dhamol, Norgesic, Orphenadol, Paragesic, Parakol, Tempol dan Uphamol. Nama generiknya adalah Paracetamol atau Acetaminophen. Manakala, nama kimianya adalah para-acetyl-amino-phenol, N-(4-Hydroxyphenyl) acetamide atau N -(4-hydroxyphenyl)ethanamide.

Berikut saya senaraikan beberapa nama ubat untuk makluman semua.
Kegunaan Ubat
Nama Generik
Nama Jenama
Selsema, alergik, gatal
Chlorpheniramine
Piriton, Kotamin, Pirimat
Batuk
Diphenhydramine
Benadryl, Bena, Hova
Gastrik
Ranitidine
Zantac, Histac, Vesyca, X’tac
Tahan sakit
Ibuprofen
Bifen, Brufen, Nurofen

* Pendaftaran demi pendaftaran walaupun di bulan Ramadhan, kelas online masih mendapat sambutan. Yakin rezeki itu dari Allah, kenikmatan itu lebih terasa dari semangat kerja berpasukan. Kami dari Akademi Bekerja Dari Rumah masih meneruskan kelas seperti di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan (6 langkah asas)
2. Kelas asas blog dan page (khusus untuk bisnes)

Bagi suri yang sedang menggali bahan bacaan untuk mula bekerja di rumah, boleh juga buat belian di sini.
http://www.facebook.com/messages/yongazlin.askarali



Wednesday, 31 July 2013

RESEPI SIHAT - TAUHU PEDAS HANCUR

"Daripada mengubat, lebih baik mencegah"

Jadi, mari kita makan makanan yang berkhasiat. Hari ini, kita tengok resepi mudah dan sihat. Sesuai untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.




Tauhu Pedas Hancur - 1 Hidangan

Bahan-bahan:
150g tauhu lembut (biasanya separuh blok)
1 cawan sayur-sayuran dipotong dadu contohnya capsicum, tomato, zucchini dan bawang
1 sudu makan minyak zaitun
½ biji cili segar, dipotong dadu (boleh lebih jika anda suka)
½ sudu teh paprika
Secubit serbuk jintan putih
Secukup rasa perisa tambahan dan lada putih
Ketumbar segar

Cara-cara:
Tambah minyak, rempah kering dan sayur-sayuran dipotong dadu ke dalam kuali yang telah dipanaskan, masak sehingga lembut.
Tambah tauhu, hancur-hancurkan sehingga ia menyerupai tekstur telur.
Masak sehingga sebati dan sekata panasnya.
Hidangkan dengan ketumbar segar di atas.

Protein: 20g
Karbohidrat: 6g
Minyak: 15ml

* Pendaftaran demi pendaftaran walaupun di bulan Ramadhan, kelas online masih mendapat sambutan. Yakin rezeki itu dari Allah, kenikmatan itu lebih terasa dari semangat kerja berpasukan. Kami dari Akademi Bekerja Dari Rumah masih meneruskan kelas seperti di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan (6 langkah asas)
2. Kelas asas blog dan page (khusus untuk bisnes)

Bagi suri yang sedang menggali bahan bacaan untuk mula bekerja di rumah, boleh juga buat belian di sini.


http://www.facebook.com/messages/yongazlin.askarali



PUASA DAN PESAKIT

Assalamualaikum wbh. 

Walaupun tajuk ini agak terlambat kerana kita sudah berada di 10 Ramadhan yang terakhir, namun saya masih berharap yang ia tetap memberi manfaat terutama kepada pesakit dan penjaga pesakit.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi ubat Islam yang mukallaf. Namun, Allah memberi kelonggaran bagi beberapa golongan untuk meninggalkan puasa iaitu untuk orang sakit, musafir dan yang uzur. 

Biarpun berpuasa tidak diwajibkan kepada mereka yang sakit, namun masih ramai yang berhasrat menunaikan tangungjawab ini. Bagaimanapun, berpuasa boleh menimbulkan masalah kepada mereka yang sakit dan perlu mengambil ubat. Bagi mereka ini, mereka perlu membuat pengubahsuaian terhadap masa makan ubat atau mereka tidak boleh berpuasa sama-sekali.

Mereka juga perlu meminta pandangan Doktor atau Ahli Farmasi mengenai pengambilan ubat mereka dan pandangan ahli-ahli Feqah tentang ibadat puasa dalam keadaan yang mereka hadapi supaya dengan pengetahuan ini mereka dapat membuat keputusan yang sewajarnya samada untuk berpuasa ataupun tidak. Pesakit juga harus peka terhadap kesihatan diri dan perlu bersedia untuk berbuka puasa sekiranya keadaan memerlukan.

Berikut adalah keadaan penyakit yang lazimnya tidak dibenarkan berpuasa:
1. Pesakit lelah atau asma yang tidak terkawal penyakitnya dan memerlukan ubat sedutan (inhaler) yang kerap dan berkala
2. Pesakit kencing manis yang kerap memerlukan suntikan insulin dan sering mengalami keadaan gula kurang dalam darah (hipoglisemia) apabila berpuasa
3. Pesakit jantung yang perlu mengambil ubat mengikut ubat mengikut jadual yang kerap dan tepat
4. Pesakit ulser perut (gastrik) yang teruk dan ada komplikasi
5. Pesakit yang mengalami cirit birit hingga berlakunya dehidrasi (kehilangan air) dan memerlukan rawatan
6. Ibu hamil yang muntah dengan berlebihan (hiperemesis)

Ubah waktu pengambilan ubat anda berdasarkan kaedah berikut:

Bil.
Kebiasaan Cara Pengambilan Ubat
Cara Ubah

1.
2 kali sehari - selepas makan
Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dan sekali selepas bersahur
2.
3 kali sehari - selepas makan
Ikut arahan seperti 1 di atas dan ambil satu kali lagi sebelum tidur. Pastikan anda mengambil sedikit makanan sebelumnya (moreh)
3.
2 kali sehari - sebelum makan
Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dengan segelas air kemudian sembahyang maghrib dan selepas itu boleh berbuka puasa dengan makan makanan seperti biasa (lebih kurang jangka masa setengah jam). Pengambilan ubat yang kedua haruslah setengah jam atau satu jam sebelum anda bersahur (hendaklah bersahur pada waktu paling hampir dengan waktu imsak)
4.
3 kali sehari sebelum makan
Ikut arahan seperti 3 di atas dan ambil satu lagi setengah jam atau satu jam sebelum tidur (tanpa moreh)
5.
1 kali sehari sebelum/selepas makan
Waktu berbuka puasa atau bersahur, secara konsisten
6.
4 kali sehari
Minta nasihat doktor untuk alternatif lain

Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa
  1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
  2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung
  3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut
  4. Semua bentuk suntikan samaada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah
  5. Pendermaan atau pemindahan darah
  6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit
  7. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal
  8. Memasukkan tiub kecil (kateter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung
  9. Pemeriksaan laparoscopy iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit
  10. Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehinggaair hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan
  11. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal
  12. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut
  13. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialysis atau peritoneal dialisis
  14. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat
  15. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam

Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan  puasa
  1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asma) atau penyakit paru-paru kronik
  2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pesari) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope) atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita
  3. Memasukkan sebarang tiub kateter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan samaada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing)
  4. Penggunaan alat seperti enema, tiub supositori, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan
  5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman
  6. Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas

* Pendaftaran demi pendaftaran walaupun di bulan Ramadhan, kelas online masih mendapat sambutan. Yakin rezeki itu dari Allah, kenikmatan itu lebih terasa dari semangat kerja berpasukan. Kami dari Akademi Bekerja Dari Rumah masih meneruskan kelas seperti di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan (6 langkah asas)
2. Kelas asas blog dan page (khusus untuk bisnes)

Bagi suri yang sedang menggali bahan bacaan untuk mula bekerja di rumah, boleh juga buat belian di sini.


http://www.facebook.com/messages/yongazlin.askarali



Wednesday, 17 July 2013

Kesedaran Pengguna

Maaf dipinta kerana sudah lama tidak update blog. Sibuk dengan beberapa urusan keluarga di bulan Ramadhan ini. Tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga kita mendapat keberkatan dan keampunan Allah dalam bulan mulia ini.


Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya berhadapan dengan pesakit/pengguna sepanjang tempoh amalan saya. Antara perkara yang saya perhatikan adalah kebanyakan ahli masyarakat kita begitu teruja untuk mencuba apa jua produk baru sunnah, tradisional dan kosmetik yang keluar di pasaran.

Ada yang ingin mencuba produk baru kerana sudah mencuba berubat dengan bermacam-macam kaedah rawatan dan ingin mencuba nasib menyembuhkan penyakit yang telah dihidapi. Namun ada juga yang suka mencuba-cuba.

Sikap ini tidaklah salah tetapi perlulah ada ilmu. Bagi yang mencuba untuk menyembuhkan penyakit, perlulah memastikan ubat atau produk yang telah dimakan perlulah dimakan dengan betul mengikut arahannya. Ada sesetengah yang makan ubat atau produk separuh jalan dan terus bertukar pada produk lain apabila tidak mendapat kesan yang diinginkan dalam jangka masa yang pendek.

Ada juga yang makan produk tetapi tidak berpantang. Contohnya makan produk untuk mengawal kencing manis. Tetapi tidak menjaga makanan kerana beranggapan produk yang dimakan tadi mampu mengawal penyakitnya.

Tetapi dengan kebanjiran produk baru sunnah, tradisional dan kosmetik di pasaran, perlulah diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli dan menggunakannya. Pastikan produk tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kerana jika ia telah mendapat kelulusan KKM, ini bermakna proses penyediaannya, pembungkusannya dan premis penyediaannya telah diperiksa oleh pegawai KKM serta mematuhi standard.

Saya bukanlah mengagungkan ubatan alopati atau moden dan mengatakan perubatan sunnah atau tradisonal tidak bagus. Tidak sama sekali.

Sudah tentulah perubatan sunnah itu baik kepada ia adalah cara hidup Rasulullah saw dan begitu juga perubatan tradisional telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita. Tetapi adakah produk-produk yang dijual juga tulen; tidak dicampur dengan bahan lain yang bukan sahaja tidak bersih tetapi memudaratkan pengguna?

Pengalaman saya dalam satu operasi serbuan di sebuah premis. Saya mendapati yang penyediaan produk di  lakukan di lantai tandas. Adakah air yang digunakan adalah air paip dari tandas tersebut? Adakah peralatan yang digunakan ada diletakkan di lantai tandas? Berbagai kemungkinan yang saya tidak mahu fikirkan jawapannya.

Yang paling baik, tentulah untuk kita menjaga kesihatan kita dari mula lagi. Makanlah makanan halal, baik dan berkhasiat. Bersenam, minum cukup air, menjaga tekanan dan tidak merokok. Dengan itu, kita tidak akan perlu kepada ubat-ubatan baik moden mahupun tradisional. Tetapi jika perlu kepada rawatan dan enggan makan ubat moden, carilah produk yang berdaftar dengan KKM.

Sebagai pengguna, kita perlulah bijak membeli. Kerana asas dalam perdagangan, tidak akan ada bekalan tanpa ada permintaan. Namun, penjual juga haruslah bertanggungjawab dengan menjual produk yang berkualiti dan berdaftar dengan KKM. Bukan hanya tangkap muat asalkan memberi untung yang banyak.

Bukankah itu yang lebih baik.

Saturday, 6 July 2013

Cara Pelupusan Ubat Yang Betul



1. Cara melupus ubat adalah isu yang kompleks.

2. Membuang ubat yang telah luput ke dalam tong sampah adalah merbahaya jika dikutip dan ditelan oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan.

3. Ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar

4. Membuang ubat ke dalam lubang tandas pula - isu alam sekitar

5. Penyelesaian yang paling baik – Pengguna harus memulangkan ubat-ubat yang telah luput/ tidak digunakan lagi ke farmasi hospital/klinik kerajaan bagi tujuan pelupusan.

Friday, 5 July 2013

Apa Itu 5B



1.
Pengguna yang betul          
  • Pastikan label ubat tertulis nama pesakit.
  • Jangan berkongsi ubat anda. 
  • Jauhi ubat daripada kanak-kanak.
  • Asingkan ubat untuk haiwan pemeliharan daripada ubat manusia.
2.
Ubat yang Betul
  • Baca label ubat untuk memastikan ubat yang diambil adalah betul.
  • Jika nama ubat yang diterima lain daripada yang biasa, sila tanya doktor /ahli farmasi anda
  • Apabila menerima baki ubat, pastikan ubat yang sama diterima. Jika ianya berbeza, tanyalah sama ada ianya ubat sama tetapi lain jenama.
  • Pakailah cermin mata dan nyalakan lampu untuk membaca label ubat.
  • Untuk ubat am (OTC) atau supplement, sila baca carta kandungan ubat.
  • Pastikan anda tahu nama-nama ubat yang dipreskripsikan. 
  • Pastikan anda mengetahui kegunaan ubat yang anda sedang mengambil. 
3.
Dos yang Betul
  • Baca arahan pada label ubat.
  • Pastikan anda mengetahui berapa sukatan / dos yang harus diambil setiap hari.
  • Pastikan anda mengetahui tempoh pengambilan ubat.
  • Gunakan sudu bersukat untuk ubat minum jika sudu tersebut dibekalkan.
  • Gandaan atau pengurangan dos ubat tanpa nasihat pengamal kesihatan adalah tidak digalakkan. 
4.
Cara Pengambilan Ubat yang Betul
  • Baca arahan pengambilan pada label ubat.
  • Pastikan anda mengetahui cara pengambilan ubat yang betul. 
  • Bukan semua ubat tablet harus ditelan. Sesetengah ubat tablet perlu dikunyah, dihaluskan atau dilarut dalam air sebelum makan. Bertanyalah kepada ahli farmasi cara terbaik untuk mengambil ubat anda.
5.
Masa Pengambilan Ubat yang Betul
  • Baca arahan pada label ubat.
  • Pastikan anda mengambil ubat ikut masa yang ditetapkan. 
  • Ubat harus diambil pada masa yang sama setiap hari.
  • Ambil tahu samada ubat anda boleh diambil bersama ubat atau makanan lain.
  • Ambil tahu apa yang harus dilakukan jikalau tertinggal dos.