Search This Blog

Wednesday, 3 July 2013

Kursus Aneka Talam

Hari ini saya sambung semula penulisan selepas ketiadaan laptop kerana dihantar ke kedai untuk diformat.

Pada hari Jumaat lepas, saya telah menghadiri Kursus Asas Talam di Along Sugarcraft di Tronoh, Perak. Kursus satu hari yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak ini mengajar para peserta dari serata Perak cara-cara membuat beraneka kuih talam.


Puan Yun sedang memberikan penerangan


Pada hari tersebut, kami diajar membuat enam jenis kuih talam iaitu Kuih Talam, Talam Sago Warna-warni, Talam Gula Merah, Talam Suji, Talam Keladi dan Seri Muka. Pengajarnya adalah Puan Hajjah Yun binti Abd Rahman yang telah berumur 74 tahun. Beliau memang dikenali umum atas kemahirannya membuat kek kahwin bertingkat, "topping" dan "fondant" halal serta kuih muih yang memang sedap.




Resepi kuih-kuih tersebut mungkin sama sahaja dengan yang lain. Tetapi di sini saya hendak kongsikan petua-petuanya.

1. Tepung ubi kayu yang digunakan adalah dari jenama Cap Arnab.

2. Tepung beras yang digunakan adalah dari jenama Cap Teratai.

3. Tepung gandum yang digunakan adalah "super fine" atau cap ros.

4. Jika membuat beberapa lapis kuih, pastikan tiada air yang bertakung di bahagian atas kuih sebelum meletakkan lapisan seterusnya. Tetapi, jika hanya membuat satu lapis kuih, air berlebihan di bahagian atas kuih, bolehlah dibiarkan.

5. Pastikan bahagian dalam tutup pengukus dilap setiap 10 minit.


Kuih talam keladi yang telah siap

Puan Yun juga ada membuat kelas. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi beliau di nombor 05-3676406.

No comments:

Post a Comment