Search This Blog

Friday, 21 June 2013

Resepi Homemade Pearl


Anak sulung saya gemar minum bubble tea. Setiap kali keluar, apabila sahaja ternampak kiosk yang menjualnya, dia akan merayu untuk dibelikan bubble tea. Saya tidak membenarkannya kerana ragu-ragu tentang status halalnya. Ditambah pula timbul isu tapioca pearls yang digunakan dalam bubble tea tidak selamat dimakan kerana didapati mengandungi bahan kimia berbahaya.

Akibatnya, dia yang berumur 5 tahun akan merajuk. Kerana kerap kali menolak permintaannya, saya rasa kasihan dengannya dan berusaha mencari resepi untuk membuat homemade pearl.

Senang sahaja rupanya hendak buat. Resepi ini saya kreditkan pada kina.

 
Bahan yang diperlukan 

1) Tepung ubi - setengah cawan 

2) Air 

3) Pewarna

4) Gula - 1 sudu besar (kalau tidak rasa tepung kosong)

 

Cara-cara 

1) Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung ubi.
 
2) Tambah setitik dua pewarna.
 
3) Gaul-gaul sampai boleh buat bulat-bulat. Kalau lembik, tambah tepung ubi lagi. 

4) Gentel bulat-bulat dan rebuskan dalam periuk air mendidih selama 20-30 minit.
 
5) Masukkan gula.
 
6) Kacau sekali sekala. Kalau air kering tambah lagi air.
 
7) Rebus sehingga masak. 

8) Kemudian tos dengan tapis, alirkan air sejuk supaya tidak melekat-lekat.
 
Siap! Mudah kan? 


 
 Tips 

- Pastikan tangan kering semasa hendak menggentel. 

- Semasa proses menggentel, letakkan dalam mangkuk yang kering barulah tidak melekat sebelum dipindah masuk ke dalam periuk.. 

- Masukkan air sedikit dalam mangkuk tu dahulu sebelum di pindah masuk ke dalam periuk. Barulah cantik bentuknya. 

- Hendak tahu masak atau tidak, warnanya macam lutsinar jika sudah masak. Macam masak sagu.
 


Ini gambar homemade pearl yang dicampur ke dalam horlicks.

Sekarang kita boleh buat sendiri banyak-banyak dengan kos yang sangat rendah, terjamin selamat dari bahan kimia merbahaya dan sudah tentu dijamin HALAL.

Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak, wah! akak buat sendiri...bestnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat. memang jadi & memang sedap mengunyahnya. mmm...

      Delete
  2. air ntuk tepong ubi tu air pns atau air suam or air biasa?

    ReplyDelete
  3. air ntuk tepong ubi tu air pns atau air suam or air biasa?

    ReplyDelete